NIBONG TEBAL: Pulau Pinang mengisytiharkan penyakit demam babi Afrika atau African Swine Fever (ASF) di negeri itu sebagai bencana selepas lima lagi ladang ternak babi dijangkiti penyakit itu.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata hingga hari ini, ia menjadikan keseluruhan tujuh ladang ternak babi telah dijangkiti ASF dan membabitkan 25,000 ekor haiwan di semua ladang berkenaan akan dimusnahkan secara berperingkat.
"Kerajaan negeri telah mengisytiharkan kejadian penyakit ASF di Pulau Pinang sebagai bencana setelah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang mengesahkan setakat ini, tujuh ladang babi komersial telah dijangkiti iaitu masing-masing lima di Seberang Perai Selatan (SPS) di sini dan dua di Seberang Perai Tengah (SPT), dekat sini.
"Pengesahan penyakit dibuat melalui ujian Polimerase Chain Reaction (PCR) yang dijalankan oleh Makmal Veterinar Zon Utara Bukit Tengah bermula 4 hingga 12 Jan lepas ke atas sampel babi dari ladang-ladang ternak babi di negeri ini sebelum mendapati tujuh daripadanya dijangkiti ASF," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan JPV Pulau Pinang dan wakil penternak babi di Perkampungan Valdor, di sini bagi mengetahui perkembangan terkini jangkitan ASF di ladang-ladang kawasan itu, yang turut dihadiri Ketua Pengarah JPV Dr Akma Ngah Hamid.
Chow berkata bagi mengawal dan mencegah perebakan penyakit ASF, JPV Pulau Pinang telah menjalankan stamping out policy menerusi pemusnahan babi di ladang yang disahkan positif penyakit ASF secara berperingkat dengan bangkainya ditanam di situ atau kawasan khas disediakan kerajaan negeri.
"Pemusnahan dijalankan menggunakan kaedah gas CO2 (berkepekatan tinggi) mengikut garis panduan Kod Amalan Kebajikan Haiwan iaitu Pengurusan Pelupusan Haiwan sebelum bangkai-bangkai babi ditanam secara sempurna," katanya.
Beliau berkata sehingga hari ini, sebanyak 929 ekor babi iaitu dari ladang pertama yang dikenal pasti dijangkiti ASF telah dimusnahkan dan pemusnahan akan diteruskan pada hari ini membabitkan ladang kedua iaitu 2,500 ekor babi berikutan terdapat banyak kematian babi di ladang terbabit dan dijangka memakan masa lebih kurang satu minggu untuk diselesaikan.
Menurutnya, aktiviti pemusnahan itu tidak dapat dimulakan dengan lebih awal akibat kekangan kawasan di ladang ternakan untuk dijadikan tapak pelupusan babi dan kesemua 25,000 ekor haiwan itu di tujuh ladang berkenaan akan dimusnahkan secara berperingkat serta dijangka memakan masa berminggu-minggu.
"Menurut pihak JPV Pulau Pinang, apabila seekor babi dijangkiti ASF, kesemua haiwan yang ada di ladang itu perlu dimusnahkan dan ekoran itu, kerajaan negeri akan menyediakan kawasan tanah berhampiran jalan raya atau lebuh raya di negeri ini untuk menanam bangkai babi yang dimusnahkan kerana kekangan tanah di ladang ternak babi dan saya minta orang ramai tidak panik dengan situasi itu lagipun ASF tidak menjangkiti manusia," katanya.
Chow berkata bagi mengesan jangkitan dan perebakan penyakit ASF di kawasan berhampiran, pihak berkuasa menjalankan aktiviti pemantauan, pemeriksaan klinikal dan persampelan bagi kesemua ladang ternakan babi dalam radius lima kilometer dari ladang yang terlibat.
Katanya, aktiviti pemantauan dan pemeriksaan karkas juga giat dijalankan di semua rumah sembelih babi berlesen di Pulau Pinang dan pihaknya tidak menolak kemungkinan penyakit ASF itu akan terus merebak di ladang lain.
"Pihak polis juga mengadakan sekatan jalan raya (SJR) di jalan-jalan masuk ke kawasan Perkampungan Valdor sejak 10 Jan lepas dan ia dijalankan bagi mengawal pergerakan keluar serta masuk babi hidup dan karkas babi dari kawasan jangkitan seterusnya mengawal penularan penyakit ASF ini ke kawasan lain," katanya.
Chow berkata hingga kini, kaedah pencegahan penyakit ASF yang berkesan dan disarankan ialah melalui amalan biosekuriti ladang yang baik dengan tidak membenarkan lori pengangkut babi dan lori makanan ternakan masuk ke dalam ladang, ladang mempunyai pagar perimeter bagi mencegah kemasukan babi hutan atau haiwan liar ke dalam ladang dan pelbagai lagi.
Beliau juga meminta kerjasama penternak dan orang awam agar segera melaporkan sebarang kematian pada babi hutan, babi kampung atau babi komersial kepada JPV Pulau Pinang menerusi hotline Bilik Pengurusan Krisis Penyakit melalui talian 04-5041047.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 13 2023
Chow Kon Yeow berkata, tujuh ladang ternak babi telah dijangkiti ASF dan 25,000 ekor haiwan di semua ladang berkenaan akan dimusnahkan secara berperingkat.- Gambar/ BERNAMA
Inflasi April Malaysia kekal pada 1.8 peratus bagi bulan ketiga berturut-turut - DOSM
Mata indeks mencatatkan 132.4 berbanding 130.0 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Kadar harga dinaikkan, kontraktor perlu buat kerja sempurna - Nanta
Kenaikan jadual kadar harga tersebut telah diluluskan baru-baru ini setelah tiada semakan semula selama 10 tahun.
Cadangan penggabungan SME Bank, BPMB, Exim Bank perlu dihentikan - Veteran UMNO
Mustapa berpandangan penggabungan tersebut juga bakal menyaksikan proses pengurangan kakitangan, yang mana lebih 95 peratus kakitangan terdiri daripada orang-orang Melayu dan Bumiputera.
'Alhamdulillah, sekarang duduk di hospital makin sihat' - Yasin
Penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman merasakan dirinya semakin sihat sejak menerima rawatan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.
Saluran Malaysia4Palestine ketengah krisis kemanusiaan di Palestin
Rakyat Malaysia boleh menyumbang ke AAKRP melalui saluran sementara selama 24 jam, bermula 12 tengah hari, 25 Mei di Astro, sooka dan RTM.
Saman AS$346 juta 1MDB: Rosmah perlu fail pernyataan pembelaan sebelum 4 Julai
Datin Seri Rosmah Mansor perlu memfailkan pernyataan pembelaan terhadap saman US$346 juta yang difailkan oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan 10 syarikat lain berhubung pembelian barangan mewa
Ibu bapa perlu elak cium mulut anak - Pakar psikologi
Ibu bapa perlu mengelakkan diri daripada perbuatan mencium mulut anak meskipun sebagai cara menzahirkan kasih sayang.
Isteri mengaku tidak salah cuba racun suami, mentua
Isteri pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan cubaan meracun suami dan ibu mertuanya lima tahun lalu
Balai polis terpencil akan dipasang CCTV, lampu limpah
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mempertingkatkan tahao keselamatan balai-balai terperincil dengan memasang CCTV dan pencahayaan susulan serangan Balai Polis Ulu Tiram, Johor yang mengakibatkan dua anggota terbunuh.
Polis siasat motif, kaitan serangan terhadap tiga pemain bola sepak kebangsaan
Razarudin berkata, adalah terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan memandangkan polis masih lagi mengumpul keterangan.
Bayi dua bulan meninggal dunia dijangkiti batuk kokol di Kelantan
Tiga kawasan wabak juga telah diisytiharkan di Kelantan iatu di Tanah Merah, Pasir Puteh dan yang terbaru di Kota Bharu pada 14 Mac lepas.
Kematian akibat tibi di Malaysia meningkat tahun lepas - Dzulkefly
Sebanyak 2,623 kematian akibat tuberkulosis atau tibi direkodkan tahun lepas, meningkat dua peratus atau 51 kes berbanding 2022.
Kesihatan Raja Harald V semakin baik - Istana Norway
Raja Norway Raja Harald V yang kini sedang menjalani rawatan di Hospital Sultanah Maliha (HSM) di Langkawi, Malaysia semakin pulih.
Kuching, Bintulu diisytihar kawasan jangkitan rabies
Daripada 16 sampel yang dikumpuL, 12 ekor anjing telah diuji positif membabitkan lapan di Kuching, Padawan (1), Bau (1) dan Bintulu (2).
Tanzania keluarkan amaran penularan wabak mata merah
Wabak itu menyebabkan kemerahan pada mata, kebanyakannya disebabkan oleh saluran darah yang membesar atau bengkak.
Lebih 120,000 kes denggi dilapor pada 2023, meningkat 86.3 peratus - Menteri
123,133 kes denggi telah dilaporkan pada tahun 2023 berbanding 66,102 kes bagi tempoh sama tahun 2022, iaitu peningkatan sebanyak 86.3 peratus.
Pesakit gout disaran elak toreh, tebuk sendiri benjolan gout
Pesakit gout dinasihatkan untuk tidak mengeluarkan sendiri cecair asid urik daripada tophi atau benjolan yang terbentuk di bawah lapisan kulit.
7,254 kes demam denggi, 12 kematian direkodkan di Pulau Pinang
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sejak awal Januari hingga 23 Disember adalah sebanyak 7,254 kes dengan 12 kematian dicatatkan.
COVID-19, flu meningkat di AS ketika musim cuti, tingkat risiko kesihatan
Amerika Syarikat (AS) mengalami peningkatan kes flu dan COVID-19 di tengah-tengah musim cuti.
16 maut akibat rabies di Sarawak
Kes terbaharu melibatkan seorang wanita berusia 44 tahun yang meninggal dunia pada 12 Disember lalu.